Berikut merupakan soalan-soalan
lazim beserta jawapan mengenai Eruwan Gerry Affiliates:
S1:
Apakah Eruwan Gerry
Affiliates?
J1:
Eruwan Gerry Affiliates
merupakan program affiliate yang memberikan ganjaran komisen di
antara yang tertinggi di Malaysia dan juga memberikan pendidikan
internet secara percuma kepada ahli-ahlinya.
S2:
Apakah syarat-syarat untuk
menyertai Eruwan Gerry Affiliates?
J2:
Program Eruwan Gerry
Affiliates dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun
ke atas dan memiliki akaun bank di dalam Malaysia.
S3:
Adakah selamat untuk menyertai
program Eruwan Gerry Affiliates?
J3:
Program ini dijamin selamat
kerana ianya dimulakan dan diuruskan oleh Eruwan Gerry Norsen iaitu
nama yang tidak asing di dalam dunia perniagaan internet Malaysia.
Anda boleh mengunjungi laman web utama kami di www.RahsiaRajaLelong.com
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Eruwan Gerry.
S4:
Berapakah produk jualan yang
terdapat di dalam program Eruwan Gerry Affiliates?
J4:
Pada masa ini, terdapat 1
program Pay-Per-Lead dan 5 produk yang boleh anda promosikan untuk mendapat komisen. Kami akan
menambahkan produk-produk terbaru dari masa ke semasa.
S5:
Berapakah komisen yang boleh
saya perolehi di dalam Eruwan Gerry Affiliates?
J5:
Komisen produk
paling rendah
adalah RM30 dan yang
tertinggi adalah RM100. Ini bermaksud dengan
kejayaan menjual hanya satu produk sahaja, anda sudah mampu mendapat
komisen minima RM30 atau maksima RM100. Untuk Program Pay-Per-Lead,
anda boleh menjana komisen RM1 untuk setiap pengunjung yang
mendaftar melalui pautan affiliate anda.
S6:
Bilakah komisen Eruwan Gerry
Affiliates akan dibayar?
J6:
Komisen akan dibayar pada
1hb
dan 15hb pada setiap bulan melalui pemindahan wang ke akaun bank
yang telah anda daftarkan. Bank yang kami gunakan adalah Maybank.
Pemindahan wang komisen ke bank-bank selain Maybank mungkin akan
mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada bank yang anda
gunakan.
S7:
Bagaimana jika saya tidak
memiliki sebarang akaun bank?
J7:
Kami sarankan yang anda cuba
mendaftarkan satu akaun bank kerana pada masa ini, pembayaran
komisen hanya akan dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun bank.
S8:
Bolehkah saya yakin dengan
perisian program affiliate yang anda gunakan untuk mendaftarkan
setiap penjualan dan komisen saya dengan tepat?
J8:
Sudah tentu boleh! Kami
menggunakan perisian program affiliate Post Affiliate Pro yang merupakan di antara program affiliate terbaik di dunia. Perisian
Post Affiliate Pro telah dihasilkan oleh syarikat perisian yang sah
dan terkemuka. Oleh itu, anda boleh menyakini kewibawaan perisian
ini di dalam merekod segala usaha dan keuntungan anda. Tidak seperti
perisian program affiliate yang dihasilkan oleh individu yang berkemungkinan besar mempunyai kesilapan dari segi pengaturcaraan
perisian dan kekurangan dari segi keselamatan, perisian yang kami
gunakan adalah tepat dan selamat.
S9:
Bagaimanakah anda merekod
penjualan saya?
J9:
Perisian program affiliate
kami mendaftarkan kejayaan jualan anda dengan menggunakan "cookie". Perisian kami akan
meninggalkan "cookie" atau kod yang telah didaftarkan di atas nama
anda di dalam komputer pengunjung yang mengunjungi laman web kami
melalui pautan affiliate anda. "Cookie" ini akan dikesan oleh kod
pengawalan kami di dalam ruangan download produk. Dengan ini,
kejayaan jualan anda akan dikesan dengan mudah. Dalam erti kata lain, tidak ada sebarang
ruang
untuk penipuan di dalam program affiliate kami. Jika anda yang
menghantar seseorang pelanggan untuk membeli daripada kami, maka
kami akan pastikan yang anda AKAN mendapat komisen di atas usaha
anda tadi!
S10:
Bagaimanakah cara untuk
mempromosikan produk-produk Eruwan Gerry Affiliates?
J10:
Di dalam ruangan pendidikan
affiliate kami, anda akan menerima pendedahan cara-cara yang boleh
anda gunakan untuk mempromosikan produk-produk kami. Oleh itu, anda
tidak perlu risau jika anda langsung tidak memiliki sebarang
pengetahuan pemasaran affiliate. Kami akan membantu anda untuk
mencapai kejayaan dengan cepat.
S11:
Adakah anda menjamin yang saya
akan berjaya di dalam program Eruwan Gerry Affiliates?
J11:
Walaupun kami sudah
menyediakan pelan pendidikan sebaik yang mungkin untuk anda, kami
tidak boleh menjamin kejayaan anda. Kejayaan anda akan bergantung
kepada sebanyak mana usaha yang telah anda curahkan untuk berjaya.
Jika anda tidak memberikan sebarang usaha, maka anda tidak akan
mendapat sebarang pulangan. Apa yang boleh kami jamin adalah dengan
mengikuti pelan pendidikan kami dengan berterusan, maka anda akan
dapat mencapai kejayaan dengan lebih cepat berbanding jika anda
melakukannya secara seorang diri.
S12:
Apakah bentuk komisen yang
program anda berikan?
J12:
Komisen yang kami berikan
adalah berdasarkan pay-per-sale atau komisen-atas-jualan dan
juga pay-per-lead. Untuk komisen pay-per-sale, anda cuma
akan mendapat komisen sekiranya pengunjung yang anda hantar ke laman
web kami melakukan pembelian. Jika tiada pembelian, maka tiada
komisen. Untuk komisen pay-per-lead, tidak perlu sebarang pembelian.
Pengunjung cuma perlu mendaftar melalui pautan affiliate anda dan
anda akan memperolehi komisen.
S13:
Berapa lamakah jangka hayat
"cookie" yang program anda berikan kepada komputer pengunjung?
J13:
Jangka hayat "cookie" kami
adalah infinite atau tiada tarikh luput. Selagi
pengunjung tersebut tidak membuang atau delete cookie
tersebut dari komputer mereka, maka anda akan mendapat komisen
daripada pembelian mereka walaupun mereka membeli 1 tahun selepas
anda mempromosi kepada mereka.
S14:
Adakah saya perlu membayar
untuk menyertai Eruwan Gerry Affiliates?
J14:
Tidak! Penyertaan adalah
PERCUMA. Malah kami yang perlu melaburkan duit untuk memberikan
pendidikan affiliate dan internet kepada anda supaya anda boleh
berjaya.
S15:
Saya berminat! Bagaimanakah
cara untuk mendaftar?
J15:
Untuk menyertai Eruwan Gerry
Affiliates, anda perlu memberikan butir-butiran anda di dalam laman
web pendaftaran kami. Setelah mendaftar, maklumat lanjut beserta
password akaun anda akan diberikan melalui email yang telah anda
daftarkan. Untuk memudahkan pemahaman anda, berikut
merupakan video panduan pendaftaran.
TIDAK BOLEH! Mana-mana ahli
yang melakukan SPAM semasa mempromosi akan ditamatkan keahliannya
serta-merta dan kesemua wang komisennya akan dibekukan. Eruwan Gerry
Affiliates tidak membenarkan sebarang penggunaan SPAM dengan tujuan
untuk mempromosikan produk-produknya.
S17:
Bolehkah saya membeli
produk anda melalui pautan affiliate saya supaya boleh mendapat
harga diskaun?
J17:
Minta maaf. Kami tidak
membenarkan pembelian produk melalui pautan affiliate anda sendiri.
Jika anda melakukan pembelian melalui pautan affiliate anda sendiri,
komisen yang anda perolehi melalui pembelian tersebut akan
dimansuhkan di dalam sistem kami.